Ya Allah, Selamatkanlah kami daripada mereka.
Cara dan Adab Berdoa
Doa adalah merupakan ibadat rohani yang paling besar ertinya dimana makhluk merasakan betapa besa dan agungnya Allah s.w.t, setelah dilakukan ikhtiar menikut sunnah alam kemudian melakukan permohonan dengan penuh khusyuk, disertai dengan hati dan jiwa yang tenang mengharapkan sesuatu dari Allah Yang Maha Agung.
Cara-Cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa itu. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa.
2. Menghadirkan segala jiwa raga, khusyuk, menghinakan diri dihadapan Allah kerana Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai dan alpa.
3. Hendaklah makanan, minuman dan pakaian berasal dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa atau memutuskan hubungan silaturrahim dan jangan memohon segera dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan supaya memperbanyakkan menyebut asma ul-husna dan dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.
6. Sebelum berdoa,bersedekahla terlebih dahulu.
Sifat Doa
1. Mengangkat kedua tangan sehingga separas dengan bahu.
2. Kedua tapak tangan hendaklah terbentang ke atas.
Adab Berdoa
1. Hendaklah dengan penuh perasaan pengharapan dan jangan cuba mengatakan: ya Allah, ampunkanlah aku sekiranya Engkau inginkan.” Kalau yg sepatutnya doa bersungguh2 contohnya:”kumohon dengan sangat..”
2. Mengangkat kedua tangan hingga separas bahu.
3. Menadah tapak tangan mengarah ke langit dan sekiranya meminta perlindungan,tapak tangan mengarah ke bawah.
4. Berdoa dengan suara perlahan
5. Memuji Allah swt. serta berselawat terhadap Rasulullah saw. sebelum memulakan doa.
6.Baik sangka terhadap Allah swt.
7.Mengakui bahawa kita adalah seorang yang berdosa dan bersalah.
8. Mula berdoa untuk diri sendiri, umpamanya, memohon keampunan dosa diri sendiri, kemudian saudara- mara yang beriman.
Doa-Doa yang Makbul
Doa-doa selalunya dimakbulkan Allah ialah doa-doa orang yang dalam keadaan berikut:
1. Orang yang terdesak
2. Orang yang dizalimi
3. Anak yang berbuat baikterhadap kedua orang tuanya
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-Tanda Doa Yang Makbul
1. Terasa sesuatu yang menakutkan
2. Menangis tatkala berdoa
3.Terasa menggeletar
Wallahu’alam bissowab
{dari: Khasiat asmaul husna & himpunan ayat-ayat al-quran, susunan Abu Nur Husnina}