Cahaya & Diri

14 Jul 2007 In: Cerpen
Firman Allah SWT Ertinya:
“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah” (Ali-Imran: 110)
Assalamualaikum adik-adik dan sahabat sekalian..Hari hari berlalu dan setiap hari kita melangkah dan terus melangkah menuju akhirat..tapi dalam langkah kita itu kadang kadang kita hampir tersasar, namun Allah tidak kan biarkan kita terus tersasar kerana dia tahu apa yang kita perlukan.. Semoga dengan apa yang tertulis pada helaian yang mungkin nampak membosankan untuk dibaca dapat membantu kita menangani hari yang mendatang dengan cara yang lebih baik dan tidak mengulangi kesilapan yang sama dari dulu hingga sekarang.. Pernahkah adik-adik dengar tentang cahaya wajah? Read the rest of this entry »

semalam, hari ini dan esok…

24 Mar 2007 In: Tazkirah

Semalam..aku terkapai kapai mencari sebutir permata yang hilang ntah kemana..
hari ini..aku teruskan pencarian..permata itu masih tersembunyi..ntah bila akan kutemui..
Esok..mungkinkah akan kutemui permata itu??
Adakah ia mutiara hati yang dicari..Hanya Engkau Ya Allah yang Maha Mengetahui.. Read the rest of this entry »
  • Comments Off

Artikel pertama

23 Mar 2007 In: Tazkirah

Imam Hassan Al Banna pernah berpesan “Kita tidak akan di tanya kenapa kita tidak berjaya tetapi hakikatnya kita akan ditanya kenapa kita tidak berusaha.”Berdasarkan pesanan Imam Hassan Al Banna ingin saya mengajak masyarakat khususnya pembaca majalah i merujuk kembali kepada surat surat pilihan keluaran bulan September 2005. Membangunkan umat dan Negara,islam hadhari pemangkin integrasi nasional serta perang saraf serta impaknya pada umat islam.
Tanpa kita sedar sebenarnya ketiga tiga tajuk itu menjurus kepada satu arah tuju yang sama.Bagaimana kita Malaysia dapat membangunkan umat dan Negara? Read the rest of this entry »

Resah yang X pernah sudah

23 Mar 2007 In: Cerpen

Ingatlah,
Hidup ini umpama bahtera dilautan
Cekal,tabah serta keimanan adalah
kemudinya yang paling kukuh
andainya kita gagah dan bijak mendayung
menempuhi samudera raya,kita akan pasti
sampai ke pulau bahagia….
USM,seindah namanya. Disinilah aku dan sahabat seperjuanganku mengejar dan mengutip mutiara mutiara yang meluncur laju daripada lisan orang yang berilmu. Disinilah juga aku ketemu dengan sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup, pengalaman mencari, menambah pencarian, dan memberi apa yang termampu. Bumi permai yang dilimpahi barakah dan rahmat bagi yang sanggup mengutip cebisan ilmu yang melata. Begitulah hidup aku yang turut cuba mengutip apa saja yang bermanfaat untuk aku gunakan dalam hidup. Aku cuba menjadikan diri ini sebaik mungkin untuk menjadi contoh pada orang lain. Sehinggakan kekadang terlupa setiap apa yang kita perkatakan akan diuji balik pada diri sendiri.
“There are 3 kind of people.. the one who sat in the chair of life looking and doing nothing (and becoming nothing), the second person who changes with time and by all the factor of change, and the last person is the one who create the changes.” Pepatah inggeris ini tak akan aku lupakan Read the rest of this entry »

Riwayatku sebagai Air

19 Feb 2007 In: Tazkirah
Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari jalan mudah untuk merupa diriku
Membentuk diri pada bejana yang telah sedia ada
Lalu sama seperti yang biasa
Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk terus sebagai air
Mengalir tidak pernah berhentiMelimpah,
menyerap, menghakis, menembus
Memenuh setiap ruang yang kosong
Tanah tandus dan benih keringKucurahkan subur
agar muncul tunas
Yang pucuknya nanti mahkota rendang
Tempat berteduh di dataran gersang
Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari alur pendek
untuk meringkaskan perjalananku
Mencari kolam kecil dan lopak yang telah sedia berlubang
Lalu bertakung tiada hasil menunggu kering masa
Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk terus gagah mengalir
Dari pancaran anak batu di hulu belantara
Meliku, melekok, membelah dada baruh dan darat, selatan dan utaraLantas…
Si dahaga menghirup jernih teguk yang sejuk
Si lapar mengail isi subur khazanah dada yang kaya
Tebing menyambut perahu berlabuh
Menemukan rindu dengan yang ditunggu
Kerana aku seperti air
Aku boleh memilih untuk tiada tersirat di sebalik yang tersurat
Mengalir dangkal sejengkal dari pangkal
Lalu mudah ditafsir segera, sejurus sebelum kontang terserap ke udara
Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk menjadi lautan seribu tanda tanya
Bagi pelayar di permukaan seluas pandangan mata
Ketemulah ia ribut taufan puting beliung yang menggila.
Namun yang bestari ingin mencari makna
Akan menyelami sepi gelita dan bebal sekaki dua
Hingga sampai ke dasar selepas jerih payah dan sabar jiwa
Lantas bertemu keindahan makna, jawapan seribu satu rahsia
Riwayat aku seperti air
Di hari subur berbakti pada manusia dada tanah watan
Di hari gersang mikraj ke langit atas perintah Tuhan
Basah kering air, hanya kitaran pusingan nadi
Bumi dan langit, air terus maujud kekal menabur berbakti.
“Dan Allah menjadikan setiap haiwan itu dari air, maka ada sebahagiannya yang berjalan di atas perutnya, dan ada sebahagian yang berjalan di atas dua kaki dan sebahagian yang lain di atas empat (kaki). Allah menjadikan apa sahaja yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu” – An Nur : 45
  • Comments Off

Spektrum cahaya

"Ya Allah! Hiasilah diriku dgn penutup & kesucian. Tutuplah diriku dgn pakaian Qana'ah & kerelaan. Tempatkan aku di atas jln ini..tetapkanlah hati ini di jalanMU.."-HamBa & KhaLiFaH - AnaK mAk& AbAh - EiBaH - KawAn & TeMaN - ExUSMstudent - CiKGu NaS - ReSearCH AsSisTant -TuitiOn TeAchEr - ProGramMe PlaNner - Upsi Student Now - BeComing Pendidik - Aku harus menjadi seperti cahaya, walaupun hanya segaris retak yang ada ia tetap akan tembus dan menyinari yang lain,cuba dan cuba -


Sponsors

GraViti MaSa

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Recent Comments