Maksud Hadith:

Daripada Abdullah bin ‘Ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda ; “Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ‘ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia.Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan ‘alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih Read the rest of this entry »

  • Comments Off

Cara dan Adab Berdoa

Doa adalah merupakan ibadat rohani yang paling besar ertinya dimana makhluk merasakan betapa besa dan agungnya Allah s.w.t, setelah dilakukan ikhtiar menikut sunnah alam kemudian melakukan permohonan dengan penuh khusyuk, disertai dengan hati dan jiwa yang tenang mengharapkan sesuatu dari Allah Yang Maha Agung. Read the rest of this entry »

  • Comments Off

Maksud Hadith:

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat sebelum kamu,sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun akan kamu mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Read the rest of this entry »

  • Comments Off

Petang itu damai. Tiada gerimis hujan. Senja hampir berlabuh. Malam bakal mengiringi senja yang indah ini, menuruti sunnatullah alam. Tiada fenomena alam yang berlaku semulajadi. Semuanya di bawah pengawasan dan tadbiran Allah. Beburung berterbangan pulang dari mencari sesuap rezeki. Subhanallah. Kalian tidak mengenal erti putus asa, walaupun adakalanya pulang tanpa seseuap rezeki. Menjelang pagi hari, kalian akan kembali bertasbih memujiNya. Ya Allah….betapa lemahnya aku.

“ Kenapa menung ni?”

Suara itu mematikan tafakkurku. Aku menoleh ke belakang, menyoroti suara itu.

“ Tak ada apa,” jawabku lemah.

“ Mana boleh tak ada apa. Dah lama saya perhatikan awak,” respon Wafa’.

“ Bila ada masalah just share it, sebab kita tak tahu kita mampu bertahan selama mana. Rasulullah pun share dengan Khadijah, kita apatah lagi,” Sambungnya lagi. Lembut bicaranya. Tangannya mengusap bangunan belakang tubuhku.

“ Takpelah, saya cuba settle sendiri,” Balasku diiringi senyuman hambar.

“ Baguslah begitu, mengadu dengan Allah jauh lebih baik. Kawanku, iman menaik dan menurun. Bila menurun, cepat-cepat cari jalan peningkatan. Jangan biarkan hati lesu tanpa simbahan iman. Orang tanpa iman tiada nilai di sisi Allah. Kita ni kalau Allah tak sayang, habislah…sebab syurga HANYA dari Allah.”

Aduhai temanku, engkau seolah-olah mengerti peperangan yang berlaku dalam diri ini. Pastinya engkau insan yang dekat dengan Tuhanmu. Teringat aku pada kata-kata Umar Al-Khattab, “ Berhati-hatilah dengan pandangan Mu’min, kerana mereka melihat dengan pandangan Allah .” Aku tidak pernah memberitahumu, tapi engkau mengerti. Ya, memang imanku menurun. Menurun kerana seorang pemuda!!

Muhammad Affan, pemuda yang kukenali di bumi matrikulasi ini. Ya Allah…..padamlah cinta ini dariku. Aku tidak pernah meminta untuk menyayangi mana-mana pemuda sebelum tiba masanya. 18 tahun kehidupan yang kulalui selama ini terlalu awal untuk menerima cinta manusia. Manusia sarat dengan ribuan kelemahan, tapi kepada manusia selalu kita sibukkan diri. Bodohnya manusia, termasuklah aku. Wahai hati, ingatlah hidup ini untuk berubudiyyah padaNya. Tanpa cinta Allah, lesulah segala amal. Ibadah hanya digelar ibadah apabila disertai rasa kasih kepada Allah.

Wajah pemuda itu berlegar di ruang imaginasi mindaku. Penampilannya segak dan menarik. Bicaranya kemas dan manis, dihiasi pula dengan sifat kepimpinannya yang tinggi. Langkahnya mantap. Allahu Rabbi….padamlah wajah pemuda ini dari memoriku. Sukarnya melawan rasa hati. Kuatnya bisikan nafsu. Dahsyatnya tarikan dunia dan syahwat. Duhai iman, berfungsilah kamu!!

“ Bukan salah bercinta, tapi ia jadi salah bila orang kita kasihi kita letak lebih tinggi dari Allah. Contohnya dalam solah kita. Kalau dalam solah, kita ingat dia daripada ingat Allah, itu tanda cinta kita mendatangkan dosa yakni didorong nafsu. Kalau nak berkenan takpe, tapi sekadar berkenan aja and keep it in your heart as a secret. Rasulullah pesan bila kita menyukai seseorang kalau berlainan jantina, kita rahsiakan.”

Begitulah bunyi jawapan SMS yang kuterima dari guruku. Pandai betul cikgu jawab soalanku; salahkah kita bercinta?.

“ Kenapa kena rahsiakan cikgu?” balasku pula. Berdebar ku menanti jawapan dari cikgu. Hai…agaknya apa pula bunyi jawapan cikgu.

“ Sebab kalau kita beritahu ia akan menganggu hati orang yang kita suka itu. Malah, mungkin membuatkan dia bertambah jauh dari Allah. Kenapa? Siddiqah terjerat dengan cinta ke? Sabarlah….hadis Qudsi ada berbunyi….sesiapa yang meninggalkan sesuatu demi Aku, akanKu berikan kepadanya lebih dari yang cukup. Sabarlah anak muridku, Allah pasti membalas mujahadahmu. Janji Allah sentiasa benar.”

“ Jazakillahkhairan cikgu, semoga Allah sayang cikgu.” Balasku seketika kemudian. Handsetku kugenggam erat. Sekali lagi wajah Affan menjelma. Allahu taala. Hebatnya seruan cinta dan rindu. Belum pun genap setahun perkenalan, namun tarikan hati begitu erat. Ya Allah, beriku kekuatan. Kau tahu aku lemah tak berdaya.

Duhai Affan, ketahuilah aku menolakmu kerana Allah, bukan kerana kedua ibu bapaku. Di sana ada syurga yang menanti unuk hambaNya yang bertaqwa, bukan untuk hambaNya yang berdosa tanpa taubat. Aku akui kau manusia yang hebat. Kau diberi Allah bermacam kelebihan dan anugerah. Bukan aku sengaja menolakmu Affan, tapi aku khuatir Allah bakal hilang dari hidupku, sebelum aku benar-benar menikmati manisnya beriman kepada Allah dan RasulNya. Pedih hati apabila terpaksa menerima hakikat ini.

Usia sebegini adalah usia kita menimba ilmu, bukan usia menikmati percintaan yang romantik dan melalaikan. Kita bukan kaum kafir, menuruti segala rasa hati. Tetapi kita Muslim yang ada panduan untuk hidup. Kita hanya menjadi Muslim apabila kita mengambil Islam sebagai pencorak hidup kita. Kalau seminit, seminitlah time kita jadi Muslim. Selebihnya, kita bukan Muslim. Satu aja sebab kita didik nafsu dan rasa hati, iaitu kerana hajatkan syurga abadi di akhirat. Kalau Allah tak janji syurga, kita pun tak nak. . Musim dunia musim memanam Affan, di akhirat kita menuai,kan Affan?.

* * * *

MasyaAllah…..hari ini aku diuji lagi. Oh Allah, jangan biarkan aku tewas dalam ujian ini. Begitulah munajatku saban hari. Tadi kami bertembung wajah di pusat sumber. Hatiku menyeru….Ya Allah, bantulah aku menghadapi pandangan mata pemuda ini. Namun aku gagal melawannya. Secara tiba-tiba mata kami bertembung. Lantas kumatikan pandanganku dari terus ditikam pemuda ini. Aku tunduk. Sebak bercampur kesal. Antara pemuda ini dan Allah, mana yang lebih aku harapkan kasih sayangnya?

Studiku terganggu. Benarlah kata pujangga, dari mata turun ke hati. Aku gagal mengawal perasaan yang merona hebat dalam ruang dadaku. Wajahnya datang dan pergi dalam bayanganku. Lekas-lekas saja aku mengemas buku-bukuku. Aku perlu pulang. Aku perlu solah taubat segera. Perasaan ini hanya mampu kubendung dengan membina hubungan hati yang akrab dengan Allah. Mengadulah segera dengan Allah, Allah pasti membantumu melawan mehnah ini. Wahai Siddiqah, sabarlah berhadapan dengan perasaan ini. Ini aturan Alllah untuk menguji kejujuranmu terhadap Ilahmu. Begitulah bisikku perlahan. Mana mungkin mengharap syurga tanpa diuji.

Dalam sujud dan munajatku, tiada lain yang kupinta agar Allah tutupkan pintu hati ini. Dan syaitan laknatullah terus melaksanakan janjinya, yakni menghasut manusia agar meninggalkan jalan yang lurus. Sekali lagi, bayangan wajah Affan muncul lagi. Yakin. Yakin dengan janji Allah!! Allah pasti beri yang lebih baik.!!!!

Sesungguhnya aku tidak pernah berhajatkan pertemuan ini. Kita dipertemu Allah melalui Kelab Rakan Dinamik. Di sini aku mula mengenali peribadinya. Tetapi aku tidak pernah menyangka kau juga menaruh perasaan yang sama. Affan, kawal matamu! Aku seperti ingin sekali berkata sedemikian kepadanya. Takutlah Allah, kita hambaNya. Selagi cinta Allah belum kita raih, apakah ada kejayaan yang lebih besar dari itu? Affan, aku pasti menerima cintamu seandainya kau telah mencintai Allah dan menuruti jalan RasulNya. Believe me Affan. Kalaulah hidupku berakhir di dunia tanpa kehidupan akhirat, cintamu akan kusambut. Tapi Affan, kita akan kembali kepada Allah untuk dihisab di akhirat. Aku takut….

Exam bakal menjelma. Aku sibuk dengan persiapan final exam yang bakal mewarnai kehidupan kuesok. Petang itu aku bersendirian ke blok pensyarah untuk bertemu dengan Encik Mubarak, pensyarah Matematik ku. Ketika aku menuruni anak tangga untuk ke blok pensyarah, dari jauh aku terlihat pemuda itu datang dari arah bertentangan. Students tidak ramai di situ. Waa…ini chance nak berseminya cinta ni!! Astaghfirullahalazhim…..ini bisikan syaitan.

Ya Ilaahi……..kali ini aku akan kawal mataku, akan ku jinakkan hatiku untuk benar-benar menjadi hambaMu yang tulus yang taat pada RasulMu. Wahai para malaikat, saksikanlah ini ikrarku. Pemuda ini tak akan menghalangku dari menujuMu. Dan alhamdulillah, apabila pemuda itu melintasiku, Allah izinkan mata ini tunduk memandang tanah. Subhanallah, terima kasih Allah. Kurasakan nikmatnya kemenangan ini. Aku berjaya!! Benarlah, janji Allah ialah ketaqwaan selepas mujahadah. Allah tidak menyia-nyiakan usaha kita untuk menghampiriNya. Kita datang berjalan, Allah datang pada kita berlari. Afwan Affan, semoga Allah menyayangimu jua……..ini doaku buatmu.

* * * *

Sahabatku, dekatilah Allah melalui solahmu. Ceritakan segalanya pada Allah dalam sujudmu. Allah mendengar rintihan hatimu. Ikhlaskan hati mendekati Allah, bukan kerana mengharapkan pujian manusia mahupun ganjaran dunia. Perindahkan hubunganmu denganNya dalam tahajjudmu dinihari.Perhatikanlah kata-kata Allah terhadapmu melalui firmanNya, Al-Quran. Perbanyakkan taubat dan zikirmu. Tapi bukan bermakna kita meninggalkan urusan duniawi kita. Lihatlah sahabat Rasulullah, mereka bekerja untuk dunia seperti manusia yang tidak akan mati selama-lamanya, tetapi apabila kita melihat ibadah mereka, mereka seperti manusia yang tidak langsung memandang dunia. Merekalah contoh kita, bukannya Mahatma Gandhi, Albert Einstine, mahupun artis yang kita kenali hari ini. Keimanan yang kita hajatkan dalam diri kita adalah keimanan yang mampu malawan panggilan nafsu yang dibisiki syaitan. Bukan sekadar menjadi manusia yang tau solah lima waktu, tapi dalam solah fikiran dan ruh mengingati selain Allah. Kenalilah Allah, kau pasti akan menjumpai yang Allah cukup untuk menaungi hati kita yang selalu lara. Kalau syaitan seringkali memainkan perasaanmu, minta pada Allah agar tetapkan hati. Hati kita milik Allah, Allahlah yang beri petunjuk, Allah juga yang memalingkannya dari kebenaran. Bukan kuasaku untuk membantu menguatkan hati mu sahabatku, tetapi Allah. Akhir kata, pandanglah langit nan biru, kau akan dapati Allah sentiasa bersamamu..

Yang merinduimu Siddiqah saban waktu,

Fakulti Perubatan,

Universiti Al-Azhar,

12 Julai, 2006.

Aku melipat kembali sisipan warkah itu. Lahaulawalaquwwataillabillah. Solehahnya Balqis di Mesir sana. Beruntungnya sesiapa yang memilikimu. Semoga Allah melimpahi kasih sayangNya terhadap mu. Alhamdulillah, hari ini kurasakan ada kekuatan baru yang menjalar dalam diriku. Hatiku semakin melupai Affan, sebaliknya banyak mengingati Allah dan janji-janjiNya. Banyak kali pula Allah takdirkan aku bersua dengan Affan. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya, setiap kali itu Allah mengawal mataku sekali gus mengawal desiran cintaku.

“ Siddiqah, selagi mana Allah beri peluang kita hidup, selagi itu sebenarnya beri kita peluang untuk kita bertaubat.” Ini pesanan terakhir dari Qistina sebelum dia berangkat ke United Kingdom sebulan yang lalu.

“ Mana lebih bermakna, antara clash dengan manusia untuk dapatkan Allah, atau clash dengan Allah untuk dapat manusia? Cinta manusia akan datang buat Siddiqah dari pemuda yang soleh lagi bertaqwa kelak. Jodoh di tangan Allah, kita sibuk bercinta, bertelefon, berdating, ini bermakna kita sibukkan diri kita dengan maksiat. Allah tidak menghalang kita mencari kasih lelaki, itu naluri yang Allah beri. Tapi lelaki yang kita biasa jumpa hari ini kebanyakannya akan membawa kita kepada kemurkaan Allah. Dia berjanji dengan kita untuk memberi kasih-sayang sebaik-baiknya. Tapi baik manalah sangat kalau setakat di dunia saja tapi di akhirat Allah azab kita di neraka sebab kita bermaksiat dengan dia. Jelek, inilah cinta yang jelek, sangat jelek lagi buta. Kalau kita dah bercinta dengan Allah….indahnya hidup ini, tiada siapa dapat gambarkan kecuali mereka yang merasainya sahaja. ”

“ Kalau kita dah terlanjur dan terperangkap, tak apa. Allah beri kita satu sahaja pintu jalan keluar, iaitu taubat. Bertaubatlah, taubat meringankan dosa yang kita bebani hingga akhirnya Allah mengenali kita kerana taubat kita. Maksiat menghitamkan hati dan menghodohkan wajah. Allah akan tarik nur dari wajah kita. Tetapi taubat akan mengembalikan nur itu.”

“ Hidup tak lama Siddiqah. Harta tak kekal bersama kita. Cinta pasangan kita juga tak mengiringi kita bila kita mati kelak. Tapi ada satu cinta yang menuruti kita ke alam baqa’, iaitu cinta kita pada Allah. Allah sambut kita dengan syurgaNya, InsyaAllah. Bukan mudah mendakap cinta ini, kalau kita tak sempat pun, Allah dah nilai setiap usaha kita. Apabila Allah mencintaimu, manusia lain juga akan turut menyayangimu. Kita tak perlu sibuk-sibuk menagih kasihan orang lain. Be positive dengan Allah.”

Terima kasih teman. Hari ini aku mampu mengimbangi perasaan ini. Affan, maafkan aku. Kau tak mampu beriku syurga, Tapi tak mustahil kau juga dapat membantuku mendapatkan syurgaNya. Ya Affan, segeralah menjadi hamba Allah yang taat, yang memelihara solahnya, yang menjaga bicara dan gerak-gerinya, yang berakhlaq dengan akhlaq Islam, yang membuktikan bicaranya dalam amal sehariannya, yang berhibur dengan hiburan Islam, yang hanya berbangga dengan cara hidup Islam, yang mencontohi Rasulullah dalam tindakannya, dan yang mengharapkan balasan Allah semata. Saat itu andai engkau malu untuk mendatangiku, aku pula akan meminta kau menjadi penyeri hidupku kerana aku yakin, Allah telah pun bertakhta di hatimu.

Wahai pemuda pemudi, hidup ini memang indah dengan cinta. Tapi jangan lupa sabda Rasul, dunia penjara Mu’min dan syurga kuffar. Kalau di dunia kita dah dapat syurga, tentu tak adil kalau dapat lagi di akhirat.

Wallahua’lam.

*cerpen ini diberi oleh seorang teman..(xtau die amik dr mana..)

*moga ada manfaatnya untuk kita semua.. Read the rest of this entry »

Dah lama x menulis…

14 Feb 2008 In: Cerpen

Read the rest of this entry »

hidup..ape makna hidup yg sebenar??

10 Aug 2007 In: Tazkirah

  • Comments Off
  • Tags:

Imam Ghazali Bertanya 6 soalan

10 Aug 2007 In: Tazkirah

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? “ .Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “Mati” . Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185) Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?” . Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?” .Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawaban itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “Nafsu” (Al A’Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka. Pertanyaan keempat adalah, “Apa yang paling berat di dunia ini?” .Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawaban sampean benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah “memegang AMANAH” (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya. Pertanyaan yang kelima adalah, “Apa yang paling ringan di dunia ini?” .Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan sholat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat. Lantas pertanyaan ke enam adalah, “Apakah yang paling tajam di dunia ini?” .Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia” . Karena melalui lidah, Manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Ujian itu indah maknanya..

7 Aug 2007 In: Tazkirah

“Ujian adalah tarbiah dari Allah…” terngiang ngiang lirik lagu raihan yg bertajuk KEHIDUPAN.. ya.. hidup itu memang ujian.. seandainya hidup itu tiada ujian.. ia kosong semata mata.. tiada makna dalam kalam hidup.. Kita asyik menghendakkan kebahagiaan yang kita rasakan bahagia.. sedangkan erti bahagia yang sebenar ialah apabila berada dalam perhatian Allah lebih dari orang lain.. Bila Allah memandang kita dan kenal..ya.. inilah hambanya yang bernama sipulan binti sipulan.. semoga kita semua diberi ujian untuk menambah keimanan dalam diri.. kerana ‘al-imanu yazidu wayanqus’.. iman seseorang itu meningkat dan menurun tidak pernah tetap hatta ia seorang muazzin dan tok imam sekalipun.. berdoalah semoga kita ini berada dalam golongan yang sentiasa dilindungi Allah dari bala’ yang terlalu dasyat sehingga terlupa dan tidak yakin dengan Allah.. Ya.. pengalaman amat mendewasakan..walaupun saat saat kekecawaan berlaku dan kita menjadi blur,bengong atau apa saja istilah yang boleh menggambarkan keadaan yang tidak sempurna itu.. itu tetap menjadi sebahagian dari pengalaman yang mengajar erti hidup.. itu kelebihan orang yang menerima ujian.. setiap pengalaman itu adalah ilmu..ilmu untuk hidup..
Firman Allah: “Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (LAUH MAHFUZ) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikannya kepadamu…”(Surah Al-Hadid: ayat 22-23)

  • Comments Off
  • Tags:

Sahabat..Kawan dan Teman..

3 Aug 2007 In: Cerpen

  • Comments Off

Selamat Tinggal BUYAT…

3 Aug 2007 In: Program Best?

Minggu terakhir bulan Julai, saya rasa terpanggil untuk singgah di kaunter Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat USM untuk melihat adik-adik penggerak minggu mencari ahli.. Sesudah sampai di kaunter adik-adik PPMUSM terus tersangkut hampir 3 jam..Adik-adik PPm telah membuat tayangan di kaunter tentang satu daerah atau kawasan tempat tinggal segolongan penduduk di Indonesia yang bernama BUYAT..
Seperti yang kita selalu lihat dan ingat jika disebut kawasan persisiran pantai,sudah pasti apa yang terbayang di mata dan tersa di hati adalah keindahan persisir pantai dengan udara yang segar bukan? Tapi malang sekali untuk penduduk BUYAT,Indonesia. Dahulunya memang indah tapi dikatakan kerajaan Indonesia telah meluluskan perusahaan perlombongan emas dikawasan itu dan akibat dari perlombongan itu setelah hampir berpuluh tahun itu sama seperti kesan kejadian Nagasaki-Hiroshima..seolah-olah penyakit Minamata di Jepun berulang kembali di Indonesia.
Saya masih tidak dapat melupakan temubual dengan masyarakat kampung BUYAT yang saya lihat waktu itu. Masih terbayang ikan ikan dilaut yang disiang itu mengeluar lendir yang berwarna hitam penuh dengan bahan kimia toksik hasil perlombongan..Tanpa sedar,penduduk BUYAT ini telah berpuluh tahun menjadikan ikan ini makanan utama..Kesannya, sama seperti penyakit minamata, kebanyakan bayi kecilyang lahir mampu hidup setakat 5 bulan pertama.. Kemudian meninggalkan dunia yang belum sempat dia lihat dengan matanya dengan sepenuh hatimnya..Belum sempat dia pijak bumi ini..Ada pula bayi bayi ini yang mengalami pendarahan di kemaluan dan menangis air mata darah..seolah olah pepatah ‘menangis airmata darah’ menjadi kenyataan..itulah kesan bahan kimia yang menyebulungi hidup penduduk BUYAT.
Masih saya ingat tangisan mereka semasa temuramah, semasa mereka memutuskan untuk berpindah dari kawasan itu,hasil kesepakatan penduduk,2/3 dari mereka memutuskan untuk keluar dari belenggu lombong emas itu setelah usaha yang lain tidak dilayan oleh semua pihak atasan..Ketika melihat tangisan mereka sewaktu berpindah dan membakar kesemua rumah yang ditinggalkan, tiba-tiba terfikir, seandainya terjadi pada diri kita, kampung kita, negara kita keadaan seperti itu, apa yang kita mampu buat seandainya kita hanya golongan bawahan yang hanya bersuara pipit bukan helang? Sedih melihat saudara seagama ditindas begitu.. Tiada pembelaan,tiada pampasan, tiada apa-apa yang boleh membuang kesan toksik dalam badan setiap dari penduduk buyat..yang akhirnya sudah tidak berketurunan..
Bersyukurlah, di sini,di Tanah Malayu ini kita semua masih boleh bersuara membela nasib rakyat,dan janganlah kita leka dengan apa yang kita ada kerana kita masih di ikat dengan kuasa kuasa luar.Kita Malaysia ibarat seketul daging yang sedang diperhatikan oleh harimau dan singa yang sangat lapar,memandang dengan penuh makna, mencari masa untuk dikunyah sehingga lumat..Ya Aziz,Ya Jabbar,Ya Rahim…Alhamdulillah segala puji bagi Allah..Yang menciptakan segala sesuatu..

  • Comments Off
  • Tags:

Spektrum cahaya

"Ya Allah! Hiasilah diriku dgn penutup & kesucian. Tutuplah diriku dgn pakaian Qana'ah & kerelaan. Tempatkan aku di atas jln ini..tetapkanlah hati ini di jalanMU.."-HamBa & KhaLiFaH - AnaK mAk& AbAh - EiBaH - KawAn & TeMaN - ExUSMstudent - CiKGu NaS - ReSearCH AsSisTant -TuitiOn TeAchEr - ProGramMe PlaNner - Upsi Student Now - BeComing Pendidik - Aku harus menjadi seperti cahaya, walaupun hanya segaris retak yang ada ia tetap akan tembus dan menyinari yang lain,cuba dan cuba -


Sponsors

GraViti MaSa

March 2010
M T W T F S S
« Aug    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Recent Comments