SpEktRum CiNTa..X Selembarpun Daun Jatuh Tanpa Pengetahuan Allah..
Maksud Hadith:
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”.Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?’ Nabi saw. menjawab, ‘Bahkan kamu pada ari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih diwaktu banjir,dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’”.Seorang sahabat bertanya: ‘Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menawab: “Cinta pada dunia dan takut pada mati”. (H.R Abu Daud)
Keterangan:
Memang benar apa yang disabdoleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. . Umat islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh, dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walaupun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya segala kekalahan kaum Muslimin alah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitulah dari penyakit wahan yang merupakan penyakitcampuran dua unsuryang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia dan takut mati”. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. Cinta dunia bermakna tamak,rakus,bakhil, dan tidak mahu mendermakan harta dijalan Allah swt. . “Takut mati pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah swt. .
Kita berdoa agar Allah swt. menurunkan nushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.
"Ya Allah! Hiasilah diriku dgn penutup & kesucian. Tutuplah diriku dgn pakaian Qana'ah & kerelaan. Tempatkan aku di atas jln ini..tetapkanlah hati ini di jalanMU.."-HamBa & KhaLiFaH - AnaK mAk& AbAh - EiBaH - KawAn & TeMaN - ExUSMstudent - CiKGu NaS - ReSearCH AsSisTant -TuitiOn TeAchEr - ProGramMe PlaNner - Upsi Student Now - BeComing Pendidik - Aku harus menjadi seperti cahaya, walaupun hanya segaris retak yang ada ia tetap akan tembus dan menyinari yang lain,cuba dan cuba -
Recent Comments