SpEktRum CiNTa..X Selembarpun Daun Jatuh Tanpa Pengetahuan Allah..
Ertinya:
Daripada Ummul Mu’minin, Zainab binti Jahsyin isteri Rasulullah saw.,beliau berkata: “(Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya’juj dan Ma’juj seperti ini”, dan baginda menemukan ujung ibu jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yg dgn itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsyin) lalu bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang-orang yang shaleh?” Lalu Nabi saw. bersabda “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak”. (H.R Bukhari & Muslim)
Keterangan:
Hadith di atas menerangkan apabila di sesuatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.
Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kema’siatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada ditempat itu.
Dalam hadith di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini.Tujuan disebutkan bangsa arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab sedikit sekali dari bangsa lain. Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.
Kemudian Ya’juj dan Ma’juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam a.s) yang dahulunya banyak membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh ZulQarnain dan pengikut-pengikutnya dangan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua dua bangsa itu dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi,ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.
"Ya Allah! Hiasilah diriku dgn penutup & kesucian. Tutuplah diriku dgn pakaian Qana'ah & kerelaan. Tempatkan aku di atas jln ini..tetapkanlah hati ini di jalanMU.."-HamBa & KhaLiFaH - AnaK mAk& AbAh - EiBaH - KawAn & TeMaN - ExUSMstudent - CiKGu NaS - ReSearCH AsSisTant -TuitiOn TeAchEr - ProGramMe PlaNner - Upsi Student Now - BeComing Pendidik - Aku harus menjadi seperti cahaya, walaupun hanya segaris retak yang ada ia tetap akan tembus dan menyinari yang lain,cuba dan cuba -
Recent Comments