1

Arts…..Seni Kehidupan…..

Posted by Admin on May 21, 2011 in BUkuBest?, Cerpen, pendidikan, Psikologi Remaja

Sungguh mengkagumkan bila Allah menganugerahkan tangan..tangan itu mampudigunakan untuk menceritakan realiti kehidupan….hmm… saksikan….Kseniya Simonova\’s tells a war story with sand…

 
0

Saudara, bukan kehendakku menolak cintamu….

Posted by Admin on Aug 20, 2008 in Cerpen

Petang itu damai. Tiada gerimis hujan. Senja hampir berlabuh. Malam bakal mengiringi senja yang indah ini, menuruti sunnatullah alam. Tiada fenomena alam yang berlaku semulajadi. Semuanya di bawah pengawasan dan tadbiran Allah. Beburung berterbangan pulang dari mencari sesuap rezeki. Subhanallah. Kalian tidak mengenal erti putus asa, walaupun adakalanya pulang tanpa seseuap rezeki. Menjelang pagi hari, kalian akan kembali bertasbih memujiNya. Ya Allah….betapa lemahnya aku.

“ Kenapa menung ni?”

Suara itu mematikan tafakkurku. Aku menoleh ke belakang, menyoroti suara itu.

“ Tak ada apa,” jawabku lemah.

“ Mana boleh tak ada apa. Dah lama saya perhatikan awak,” respon Wafa’.

“ Bila ada masalah just share it, sebab kita tak tahu kita mampu bertahan selama mana. Rasulullah pun share dengan Khadijah, kita apatah lagi,” Sambungnya lagi. Lembut bicaranya. Tangannya mengusap bangunan belakang tubuhku.

“ Takpelah, saya cuba settle sendiri,” Balasku diiringi senyuman hambar.

“ Baguslah begitu, mengadu dengan Allah jauh lebih baik. Kawanku, iman menaik dan menurun. Bila menurun, cepat-cepat cari jalan peningkatan. Jangan biarkan hati lesu tanpa simbahan iman. Orang tanpa iman tiada nilai di sisi Allah. Kita ni kalau Allah tak sayang, habislah…sebab syurga HANYA dari Allah.”

Aduhai temanku, engkau seolah-olah mengerti peperangan yang berlaku dalam diri ini. Pastinya engkau insan yang dekat dengan Tuhanmu. Teringat aku pada kata-kata Umar Al-Khattab, “ Berhati-hatilah dengan pandangan Mu’min, kerana mereka melihat dengan pandangan Allah .” Aku tidak pernah memberitahumu, tapi engkau mengerti. Ya, memang imanku menurun. Menurun kerana seorang pemuda!!

Muhammad Affan, pemuda yang kukenali di bumi matrikulasi ini. Ya Allah…..padamlah cinta ini dariku. Aku tidak pernah meminta untuk menyayangi mana-mana pemuda sebelum tiba masanya. 18 tahun kehidupan yang kulalui selama ini terlalu awal untuk menerima cinta manusia. Manusia sarat dengan ribuan kelemahan, tapi kepada manusia selalu kita sibukkan diri. Bodohnya manusia, termasuklah aku. Wahai hati, ingatlah hidup ini untuk berubudiyyah padaNya. Tanpa cinta Allah, lesulah segala amal. Ibadah hanya digelar ibadah apabila disertai rasa kasih kepada Allah.

Wajah pemuda itu berlegar di ruang imaginasi mindaku. Penampilannya segak dan menarik. Bicaranya kemas dan manis, dihiasi pula dengan sifat kepimpinannya yang tinggi. Langkahnya mantap. Allahu Rabbi….padamlah wajah pemuda ini dari memoriku. Sukarnya melawan rasa hati. Kuatnya bisikan nafsu. Dahsyatnya tarikan dunia dan syahwat. Duhai iman, berfungsilah kamu!!

“ Bukan salah bercinta, tapi ia jadi salah bila orang kita kasihi kita letak lebih tinggi dari Allah. Contohnya dalam solah kita. Kalau dalam solah, kita ingat dia daripada ingat Allah, itu tanda cinta kita mendatangkan dosa yakni didorong nafsu. Kalau nak berkenan takpe, tapi sekadar berkenan aja and keep it in your heart as a secret. Rasulullah pesan bila kita menyukai seseorang kalau berlainan jantina, kita rahsiakan.”

Begitulah bunyi jawapan SMS yang kuterima dari guruku. Pandai betul cikgu jawab soalanku; salahkah kita bercinta?.

“ Kenapa kena rahsiakan cikgu?” balasku pula. Berdebar ku menanti jawapan dari cikgu. Hai…agaknya apa pula bunyi jawapan cikgu.

“ Sebab kalau kita beritahu ia akan menganggu hati orang yang kita suka itu. Malah, mungkin membuatkan dia bertambah jauh dari Allah. Kenapa? Siddiqah terjerat dengan cinta ke? Sabarlah….hadis Qudsi ada berbunyi….sesiapa yang meninggalkan sesuatu demi Aku, akanKu berikan kepadanya lebih dari yang cukup. Sabarlah anak muridku, Allah pasti membalas mujahadahmu. Janji Allah sentiasa benar.”

“ Jazakillahkhairan cikgu, semoga Allah sayang cikgu.” Balasku seketika kemudian. Handsetku kugenggam erat. Sekali lagi wajah Affan menjelma. Allahu taala. Hebatnya seruan cinta dan rindu. Belum pun genap setahun perkenalan, namun tarikan hati begitu erat. Ya Allah, beriku kekuatan. Kau tahu aku lemah tak berdaya.

Duhai Affan, ketahuilah aku menolakmu kerana Allah, bukan kerana kedua ibu bapaku. Di sana ada syurga yang menanti unuk hambaNya yang bertaqwa, bukan untuk hambaNya yang berdosa tanpa taubat. Aku akui kau manusia yang hebat. Kau diberi Allah bermacam kelebihan dan anugerah. Bukan aku sengaja menolakmu Affan, tapi aku khuatir Allah bakal hilang dari hidupku, sebelum aku benar-benar menikmati manisnya beriman kepada Allah dan RasulNya. Pedih hati apabila terpaksa menerima hakikat ini.

Usia sebegini adalah usia kita menimba ilmu, bukan usia menikmati percintaan yang romantik dan melalaikan. Kita bukan kaum kafir, menuruti segala rasa hati. Tetapi kita Muslim yang ada panduan untuk hidup. Kita hanya menjadi Muslim apabila kita mengambil Islam sebagai pencorak hidup kita. Kalau seminit, seminitlah time kita jadi Muslim. Selebihnya, kita bukan Muslim. Satu aja sebab kita didik nafsu dan rasa hati, iaitu kerana hajatkan syurga abadi di akhirat. Kalau Allah tak janji syurga, kita pun tak nak. . Musim dunia musim memanam Affan, di akhirat kita menuai,kan Affan?.

* * * *

MasyaAllah…..hari ini aku diuji lagi. Oh Allah, jangan biarkan aku tewas dalam ujian ini. Begitulah munajatku saban hari. Tadi kami bertembung wajah di pusat sumber. Hatiku menyeru….Ya Allah, bantulah aku menghadapi pandangan mata pemuda ini. Namun aku gagal melawannya. Secara tiba-tiba mata kami bertembung. Lantas kumatikan pandanganku dari terus ditikam pemuda ini. Aku tunduk. Sebak bercampur kesal. Antara pemuda ini dan Allah, mana yang lebih aku harapkan kasih sayangnya?

Studiku terganggu. Benarlah kata pujangga, dari mata turun ke hati. Aku gagal mengawal perasaan yang merona hebat dalam ruang dadaku. Wajahnya datang dan pergi dalam bayanganku. Lekas-lekas saja aku mengemas buku-bukuku. Aku perlu pulang. Aku perlu solah taubat segera. Perasaan ini hanya mampu kubendung dengan membina hubungan hati yang akrab dengan Allah. Mengadulah segera dengan Allah, Allah pasti membantumu melawan mehnah ini. Wahai Siddiqah, sabarlah berhadapan dengan perasaan ini. Ini aturan Alllah untuk menguji kejujuranmu terhadap Ilahmu. Begitulah bisikku perlahan. Mana mungkin mengharap syurga tanpa diuji.

Dalam sujud dan munajatku, tiada lain yang kupinta agar Allah tutupkan pintu hati ini. Dan syaitan laknatullah terus melaksanakan janjinya, yakni menghasut manusia agar meninggalkan jalan yang lurus. Sekali lagi, bayangan wajah Affan muncul lagi. Yakin. Yakin dengan janji Allah!! Allah pasti beri yang lebih baik.!!!!

Sesungguhnya aku tidak pernah berhajatkan pertemuan ini. Kita dipertemu Allah melalui Kelab Rakan Dinamik. Di sini aku mula mengenali peribadinya. Tetapi aku tidak pernah menyangka kau juga menaruh perasaan yang sama. Affan, kawal matamu! Aku seperti ingin sekali berkata sedemikian kepadanya. Takutlah Allah, kita hambaNya. Selagi cinta Allah belum kita raih, apakah ada kejayaan yang lebih besar dari itu? Affan, aku pasti menerima cintamu seandainya kau telah mencintai Allah dan menuruti jalan RasulNya. Believe me Affan. Kalaulah hidupku berakhir di dunia tanpa kehidupan akhirat, cintamu akan kusambut. Tapi Affan, kita akan kembali kepada Allah untuk dihisab di akhirat. Aku takut….

Exam bakal menjelma. Aku sibuk dengan persiapan final exam yang bakal mewarnai kehidupan kuesok. Petang itu aku bersendirian ke blok pensyarah untuk bertemu dengan Encik Mubarak, pensyarah Matematik ku. Ketika aku menuruni anak tangga untuk ke blok pensyarah, dari jauh aku terlihat pemuda itu datang dari arah bertentangan. Students tidak ramai di situ. Waa…ini chance nak berseminya cinta ni!! Astaghfirullahalazhim…..ini bisikan syaitan.

Ya Ilaahi……..kali ini aku akan kawal mataku, akan ku jinakkan hatiku untuk benar-benar menjadi hambaMu yang tulus yang taat pada RasulMu. Wahai para malaikat, saksikanlah ini ikrarku. Pemuda ini tak akan menghalangku dari menujuMu. Dan alhamdulillah, apabila pemuda itu melintasiku, Allah izinkan mata ini tunduk memandang tanah. Subhanallah, terima kasih Allah. Kurasakan nikmatnya kemenangan ini. Aku berjaya!! Benarlah, janji Allah ialah ketaqwaan selepas mujahadah. Allah tidak menyia-nyiakan usaha kita untuk menghampiriNya. Kita datang berjalan, Allah datang pada kita berlari. Afwan Affan, semoga Allah menyayangimu jua……..ini doaku buatmu.

* * * *

Sahabatku, dekatilah Allah melalui solahmu. Ceritakan segalanya pada Allah dalam sujudmu. Allah mendengar rintihan hatimu. Ikhlaskan hati mendekati Allah, bukan kerana mengharapkan pujian manusia mahupun ganjaran dunia. Perindahkan hubunganmu denganNya dalam tahajjudmu dinihari.Perhatikanlah kata-kata Allah terhadapmu melalui firmanNya, Al-Quran. Perbanyakkan taubat dan zikirmu. Tapi bukan bermakna kita meninggalkan urusan duniawi kita. Lihatlah sahabat Rasulullah, mereka bekerja untuk dunia seperti manusia yang tidak akan mati selama-lamanya, tetapi apabila kita melihat ibadah mereka, mereka seperti manusia yang tidak langsung memandang dunia. Merekalah contoh kita, bukannya Mahatma Gandhi, Albert Einstine, mahupun artis yang kita kenali hari ini. Keimanan yang kita hajatkan dalam diri kita adalah keimanan yang mampu malawan panggilan nafsu yang dibisiki syaitan. Bukan sekadar menjadi manusia yang tau solah lima waktu, tapi dalam solah fikiran dan ruh mengingati selain Allah. Kenalilah Allah, kau pasti akan menjumpai yang Allah cukup untuk menaungi hati kita yang selalu lara. Kalau syaitan seringkali memainkan perasaanmu, minta pada Allah agar tetapkan hati. Hati kita milik Allah, Allahlah yang beri petunjuk, Allah juga yang memalingkannya dari kebenaran. Bukan kuasaku untuk membantu menguatkan hati mu sahabatku, tetapi Allah. Akhir kata, pandanglah langit nan biru, kau akan dapati Allah sentiasa bersamamu..

Yang merinduimu Siddiqah saban waktu,

Fakulti Perubatan,

Universiti Al-Azhar,

12 Julai, 2006.

Aku melipat kembali sisipan warkah itu. Lahaulawalaquwwataillabillah. Solehahnya Balqis di Mesir sana. Beruntungnya sesiapa yang memilikimu. Semoga Allah melimpahi kasih sayangNya terhadap mu. Alhamdulillah, hari ini kurasakan ada kekuatan baru yang menjalar dalam diriku. Hatiku semakin melupai Affan, sebaliknya banyak mengingati Allah dan janji-janjiNya. Banyak kali pula Allah takdirkan aku bersua dengan Affan. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya, setiap kali itu Allah mengawal mataku sekali gus mengawal desiran cintaku.

“ Siddiqah, selagi mana Allah beri peluang kita hidup, selagi itu sebenarnya beri kita peluang untuk kita bertaubat.” Ini pesanan terakhir dari Qistina sebelum dia berangkat ke United Kingdom sebulan yang lalu.

“ Mana lebih bermakna, antara clash dengan manusia untuk dapatkan Allah, atau clash dengan Allah untuk dapat manusia? Cinta manusia akan datang buat Siddiqah dari pemuda yang soleh lagi bertaqwa kelak. Jodoh di tangan Allah, kita sibuk bercinta, bertelefon, berdating, ini bermakna kita sibukkan diri kita dengan maksiat. Allah tidak menghalang kita mencari kasih lelaki, itu naluri yang Allah beri. Tapi lelaki yang kita biasa jumpa hari ini kebanyakannya akan membawa kita kepada kemurkaan Allah. Dia berjanji dengan kita untuk memberi kasih-sayang sebaik-baiknya. Tapi baik manalah sangat kalau setakat di dunia saja tapi di akhirat Allah azab kita di neraka sebab kita bermaksiat dengan dia. Jelek, inilah cinta yang jelek, sangat jelek lagi buta. Kalau kita dah bercinta dengan Allah….indahnya hidup ini, tiada siapa dapat gambarkan kecuali mereka yang merasainya sahaja. ”

“ Kalau kita dah terlanjur dan terperangkap, tak apa. Allah beri kita satu sahaja pintu jalan keluar, iaitu taubat. Bertaubatlah, taubat meringankan dosa yang kita bebani hingga akhirnya Allah mengenali kita kerana taubat kita. Maksiat menghitamkan hati dan menghodohkan wajah. Allah akan tarik nur dari wajah kita. Tetapi taubat akan mengembalikan nur itu.”

“ Hidup tak lama Siddiqah. Harta tak kekal bersama kita. Cinta pasangan kita juga tak mengiringi kita bila kita mati kelak. Tapi ada satu cinta yang menuruti kita ke alam baqa’, iaitu cinta kita pada Allah. Allah sambut kita dengan syurgaNya, InsyaAllah. Bukan mudah mendakap cinta ini, kalau kita tak sempat pun, Allah dah nilai setiap usaha kita. Apabila Allah mencintaimu, manusia lain juga akan turut menyayangimu. Kita tak perlu sibuk-sibuk menagih kasihan orang lain. Be positive dengan Allah.”

Terima kasih teman. Hari ini aku mampu mengimbangi perasaan ini. Affan, maafkan aku. Kau tak mampu beriku syurga, Tapi tak mustahil kau juga dapat membantuku mendapatkan syurgaNya. Ya Affan, segeralah menjadi hamba Allah yang taat, yang memelihara solahnya, yang menjaga bicara dan gerak-gerinya, yang berakhlaq dengan akhlaq Islam, yang membuktikan bicaranya dalam amal sehariannya, yang berhibur dengan hiburan Islam, yang hanya berbangga dengan cara hidup Islam, yang mencontohi Rasulullah dalam tindakannya, dan yang mengharapkan balasan Allah semata. Saat itu andai engkau malu untuk mendatangiku, aku pula akan meminta kau menjadi penyeri hidupku kerana aku yakin, Allah telah pun bertakhta di hatimu.

Wahai pemuda pemudi, hidup ini memang indah dengan cinta. Tapi jangan lupa sabda Rasul, dunia penjara Mu’min dan syurga kuffar. Kalau di dunia kita dah dapat syurga, tentu tak adil kalau dapat lagi di akhirat.

Wallahua’lam.

*cerpen ini diberi oleh seorang teman..(xtau die amik dr mana..)

*moga ada manfaatnya untuk kita semua.. Read more…

Tags:

 
0

Dah lama x menulis…

Posted by Admin on Feb 14, 2008 in Cerpen

Read more…

Tags:

Copyright © 2012 Mozek Remaja OK All rights reserved. Theme by Laptop Geek.